Tawaf (Arab: طَوَاف, rumi: ṭawāf, terbitan bentuk ism kata kerja طاَفَ ṭāfa "mengelilingi" Ka'abah) adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (Ashwat), Tawaf untuk Haji / Umrah, atau (Wad'aa) yang bermaksud mengucapkan selamat tinggal, bermula dengan salah satu daripada niat ini, dia harus mencium Hajar Aswad jika boleh, dan tidak menyebabkan sebarang kesesakan, dengan menekan dan menolak orang, dan dia harus mengangkat tangannya sambil mengucapkan: Bismillah – Allahu Akbar, Wallillahi Al Hamd yang bermaksud: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar dan kepada-Nya kami Bersyukur.
| Syarat Tawaf | | | - Suci daripada hadas.
- Suci daripada najis pada badan dan pakaian.
- Menutup aurat.
- Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.
- Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.
- Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).
- Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.
|
| Sunat Tawaf | | | Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf: - Bertawaf dengan berjalan kaki.
- Memendekkan langkah.
- Berjalan cepat dengan berlari anak.
- Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".
- Beristilam dengan tangan kanan.
- Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya. eristilam di rukun Yamani.
- Berittibak.
- Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
- Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).
|
|